I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday 14 January 2012

test....test n test...!!

assalamualaikum kpda smue pmbaca blog aq yg xsberapa nie... :)
 TEST.....minggu nie test byk gyle....tension sgt2...xtau nak bca yg mane dulu.... aq dh selamat mnjwab 2 test...FIN and MGT 345...Alhamdulillah, aq dpt jwab smuanya...betul or tak 2 lain crita lah kan..yg penting aq dh buat yg terbaik.... test yg bakal meyusul ialah... :

isnin : test imlak BAB 151
rabu : test LAW 
khamis : oral test in arab...
jumaat : test malaysian economy...

smue student akan jd gyle ble sebut sal test...

mggu nie test mgalahkan final exam jew....xde gap lngsng.... kene pndai manage masa lah kan... naseb bek lah aq dh study law...xbyk pun...3 bab jew...so tggl lg 2 bab yg perlu difahami n dibaca... harap2 apa yg aq baca msih aq ingt lg lah... masalah skrg nie adalah.....,,, mcam mane aq nak jawab test malaysian eco sbb aq xtau lngsng ape yg aq bljr... aq xpham..!! ade sape2 yg bleh tolong x?? tp walaucmne pun, i try my best k.... orng lain bleh xkan aq xbleh kan??? chaiyok2 miza...!!! :)

sem nie aq nak kekalkan pointer aq...nak DEKAN lg..!!! mmg xbleg main2 kan...serious..!! aq harap, korng doakan aq k....aq pun akan doakan korng... :)

k lah..time to contiue stdy... :) gud luck k.....:)

Wednesday 7 December 2011

renungkan....

Ketika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Ketika kamu memegang tangannya saat dia menangis,dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Ketika seorang wanita menangis keranamu.tolong jangan mempersiakannya.Mungkin kerana keputusanmu,kau merosakkan kehidupannya.Saat dia menangis di depanmu,Saat dia menangis keranamu,lihatlah matanya….dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?

ketika kamu membiarkannya pergi,dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.Selamanya….Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.

Jagalah perasaannya dan cintailah sepenuh hatimu kerana Allah,sewaktu ia takut dan sendiri,Hapuslah air matanya,ketika ia merintih dan menangis,Buatlah ia tersenyum,di saat ia bersedih dan kecewa

Rasakanlah kesedihannya,ketika ia berduka dan janganlah kau membuat hatinya hancur dan terluka,kerana pada suatu saat nanti engkau akan sadar, betapa pentingnya ia saat ia telah pergi dari hatimu untuk selamanya.




Saturday 3 December 2011

Aku harap kau mengerti ape yang aku ucap kepadamu sayang......

  •  tika ku sedih,kau sering ada disamping ku......
  • ketika ku kesunyian,kau lah yang sentisa berada disisiku..
  • ketika ku menangis,kaulah yang menjaga ku...
  • bagaimana harus ku mencintai mu,,,
  • waktu itu hidup kita romantisnya,,
  • hanyalah kau yang aku sayang,,,walaupun kehidupan kita hanya kita rancangan,
  • tapi hati ku hanyalah untukmu seorang,,,,,,
  • aku sayang mu siti hasmiza....
  • aku x kan kecewa kan hatimu,,,,,,,,,,
  • walau kaw keseorangan aku tetap disisimu,,,
  • abang doakan hubungan kita campai ke akhir hayat...........

Saturday 19 November 2011

CARA TERBAIK UNTUK MELUPAKAN SI'DIA'

1. BERHENTI ‘MENGEJAR’ SI DIA.
Jika anda benar-benar inginkan dia kembali, inilah cara yang terbaik. Jika anda fikirkan dengan cara menelefon si dia setiap hari memujuk rayu untuk kembali bersama dengan, meninggalkan sms atau e-mail yang penuh dengan pengharapan supaya dia kembali bersama anda akan membuatkan dia kembali, anda silap! Malahan... ini akan membuatkan dia semakin benci dengan anda.

2. BERHENTI MENJADI STALKER
Berhentilah daripada terus mengintip si dia… Cuba anda bayangkan, jika anda berada pada situasi dia, apa yang akan anda fikir tentang ex anda yang sering mengintip anda? Sudah tentu anda akan rasa rimas dan fikir dia seorang yang gila dan berbahaya!

3. ELAKKAN KEMURUNGAN
Jika anda rasa dengan cara menyeksa diri sendiri seolah-olah tiada lagi makna untuk hidup, tidak mahu bersosial, duduk terperap saja dirumah dan sering menangis mampu membuatkan si dia berasa simpati dan serba salah, anda silap. Dia juga mempunyai hidup dia sendiri dan jika dia ingin kembali dengan anda semata-mata untuk menjaga hati anda, adakah itu dinamakan cinta? Gunakan cara yang lebih baik untuk kembali bersama.

4. PERBAIKI DIRI ANDA
Cuba fikirkan kembali kenapa hubungan anda terputus. Mungkin kerana perangai anda sendiri yang tidak menghargai dia dengan baik. Jadi, belajarlah untuk menjadi seseorang yang lebih baik. Belajar menjadi seseorang yang mampu menghargai diri seseorang. Berhenti menyalahkan diri dia kerana anda kena faham, anda tidak boleh mengubah seseorang anda tetapi anda boleh mengubah diri anda dan apabila anda berubah, seseorang itu juga akan berubah.

5. KEKAL BERINTERAKSI
Berpisah bukan bermakna tidak boleh bertegur sapa. Anggaplah dia sebagai kawan walaupun hakikatnya anda rindukan saat-saat bersama. Gunakan sms, facebook dan sebagai platform untuk kekal berhubung. Elakkan berbual tentang hubungan yang lepas. Siapa tahu, si dia akan teringat kembali saat manis bersama dan akan kembali terima anda.

6. BUAT PERUBAHAN
Jika sebelum ini anda tidak mementingkan penampilan, mulalah jaga penampilan anda. Tunjukkan kepada si dia yang anda mampu menjadi lebih baik selepas anda berpisah. Mungkin ada orang lain yang akan jatuh hati terhadap penampilan anda.

7. BIARKAN DIA YANG MENGEJAR ANDA
Jika anda yang meminta perpisahan, andalah yang perlu memberitahu kepada dia bahawa anda inginkan kembali perhubungan anda. Tetapi jika si dia yang meninggalkan anda, biarkan dia yang meminta untuk kembali bersama. Dengan cara itu, dia akan lebih mengha
rgai anda setelah kembali bersama...








Friday 18 November 2011

5 kelebihan jika anda single.... :)

toin-toin.....
assalamualaikum... :)
baca je tjuk entri ari nie, mesti korang tertnya-tanya kan, apa lah kelebihan ble jd single...penah dgr x org ckp SINGLE IS BETTER ?? 

jom kita terjah ape lah klbhan ble jd single....

  • KEWANGAN
 * dari segi kewangan, kehidupan single lbh menjimatkan. coz kita hanya mmperuntukkan wang hanya                       untuk diri kita je...bila kita berpasangan, mesti lbh byk wang yg diperlukan...

dpt pasangan yg mata duitan lg lah mmbebankan...bankrap lah.. :)

  • KAWAN
   * apabila single, kita bebas untuk berkawan ngn sapa2 pun coz tiada mana- mana perasaan lain yg cemburu klau kita berkwan trutamanya bila berlainan jantina...klau kita mmpunyai pasangn, pergaulan kita mnjdi sikit terbatas...
 haaaa, sapa2 pun leh kwan... xkira spesis.. :)


  • BEBAS UNTUK MELAKUKAN APA SAHAJA YANG KITA MAHU
* pasti di dalam kehidupan byk perkara yg ingin dilakukan.untuk memudahkan kita melakukan apa sahaja yg kita mahu, memilih kehidupan single adalah lebih baik...kita x perlu untuk mnjaga perasaan pasangan dan hanya fokus melakukan apa yg kita mahu... :)

haa,,xpyh nak jaga hati sapa2 bila single....

  • TAK BANYAK MASALAH
*menjaga dua hati yg berlainan lebih sukar dr menjga satu hati...so, ini akan mewujudkan byk masalah yg akan merunsingkan kita...so, memilih untuk menjadi single adalah jalan yg terbaik kerana kita perlu memikirkan dan menjaga hati kita sahaja... :)

happy..happy n happy slalu... 
  • KURANG TANGGUNGJAWAB
* apabila anda mmpunyai pasangan, mesti tnggungjawab juga semakin bertambah..tnggungjwab mnjadi lebh berat jika anda seorg lelaki, wajib untuk mlindungi  pasangan, dri segi keselamatan or keselesaan kehidupan mereka...anda juga bertnggungjwab untuk mmbentuk pasangn anda untuk mnjdi yg terbaik.... :)





p/s : sekiranya anda merasakan byk lagi impian yg anda kejar dan capai, memilih kehidupan single adalah lebih baik...ia akan mmberikan kelebihan untuk fokus mencapai impian yg diinginkan.....














tip- tip memujuk lelaki yang merajuk

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu. 









Wednesday 16 November 2011

andai kamu tahu

Andai lelaki tahu, dalam hati seorang perempuan
ada naluri untuk di sayangi,
ada rasa untuk diberi perhatian,
ada rasa untuk didengari keluh kesahnya,
ada waktu-waktu minta ditemani kesedihanya,
andai lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk.


marah seorang perempuan perlu didekati,
sedih seorang perempuan perlu didengari,
gembira seorang perempuan ingin dikongsi,


andai lelaki tahu di sebalik seribu satu rasa itu
ada sekeping hati nan lembut,
bukan untuk dimanjai,
bukan jua untuk di tatangi bagai minyak yang penuh,
hanya perlu sedikit perhatian,
agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,
kerana, andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya
pada diri seorang perempuan,
wujudkah cinta itu dihati lelaki,
bila saat jauh tanpa perkhabaran 

sayangilah seseorang itu atas dasar sapa dia sekarang,
bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
cintailah seseorang itu kerana hatinya,
bukan paras rupa semata-mata...