I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 16 November 2011

andai kamu tahu

Andai lelaki tahu, dalam hati seorang perempuan
ada naluri untuk di sayangi,
ada rasa untuk diberi perhatian,
ada rasa untuk didengari keluh kesahnya,
ada waktu-waktu minta ditemani kesedihanya,
andai lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk.


marah seorang perempuan perlu didekati,
sedih seorang perempuan perlu didengari,
gembira seorang perempuan ingin dikongsi,


andai lelaki tahu di sebalik seribu satu rasa itu
ada sekeping hati nan lembut,
bukan untuk dimanjai,
bukan jua untuk di tatangi bagai minyak yang penuh,
hanya perlu sedikit perhatian,
agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,
kerana, andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya
pada diri seorang perempuan,
wujudkah cinta itu dihati lelaki,
bila saat jauh tanpa perkhabaran 

sayangilah seseorang itu atas dasar sapa dia sekarang,
bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
cintailah seseorang itu kerana hatinya,
bukan paras rupa semata-mata...


No comments:

Post a Comment